Saturday, September 02, 2006

Angan angan VS Cita-cita

IFC

Makna Kalimah: Iblis Fun Club

PROGRAM MENG"KRISTIAN"KAN SEMUA FAHAMAN TERMASUK AGAMA ISLAM DI MALAYSIA.

Buktinya, semua peraturan IFC di bawah undang-undang satu fahaman sahaja iaitu KRISTIAN.

TINDAKAN PALING BERKESAN KEMBALI KEPADA ALLAH 1000%!!!
KALAU TAK DE, JANGAN MIMPI LA KEGAGALANN IFC!!

1) SIBUK DEMONTRASI SAMPAI LEWATKAN WAKTU SOLAT, ADA PULAK YG TAK SOLAT LANGSUNG.

( KEKUATAN KITA PADA SOLAT SECARA BERJAMAAH AWAAL WAKTU)

2) MULUT SIBUK MENGGUTUK DIORANG DENGAN BAHASA KOTOR SAMPAI LUPE NAK ZIKIR KEPADA ALLAH.

(KEKUATAN UMAT ISLAM PADA ZIKIR 300 PADA WAKTU PAGI DAN 300 PADA WAKTU PETANG SETIAP HARI)

3) MASIH NAK NGADAP DRAMA JEPUN BERSIRI SAMPAI LUPE NAK BACA QURAN??

(KEKUATAN KITA PADA BACAAN QURAN SEHARI SATU JUZUK)

4) TENGAH KALUT CAM NI PUN BOLEH SEMPAT MAIN GAME SAMPAI TENGAH MALAM SAMPAI TAK MAMPU NAK QIAMULLAIL??

(KEKUATAAN KITA TERLETAK PADA KESUNGGUHAN KITA BERHAJAT KEPADA ALLAH DGN SOLAT DAN MENANGIS DI MALAM HARI)

5) NI LAGI TERUK, AGAMA TENGAH TERANCAM MASIH KEMARUK CINTA NAK DATING, TENGOK WAYANG, SMS, CHATING DAN SEZINA DENGAN NYA??

(KEKUATAN KITA UTK MAKBUL DOA DENGAN MENJAUHKAN DIRI DARI MENDEKATI ZINA DAN MAKSIAT)
...............................................................................
KALAU BELUM NAK BERUBAH, SEKADAR POYO JE... JANGAN MIMPI LA KEGAGALAN IFC!!

KO KENA INGAT!! DIORANG MERANCANG, ALLAH JUGAK MERANCANG, SEGALA PERANCANGAN ALLAH PASTI BERJAYA... TAPI KALAU MASIH TAK NAK SUJUD PADA ALLAH.... TAK KEMBALI PADA ALLAH... TUNGGULAH!!!

BAGI MEREKA YANG ISTIQOMAH DALAM MENTA'ATI PERINTAH ALLAH DENGAN MENGIKUT CARA HIDUP BAGINDA SAW , JANGAN TAKUT DAN JANGAN BERSEDIH !! KORANG TETAP DALAM PELIHARAAN ALLAH SWT SAMAADA IFC GAGAL ATAU TIDAK. MACAM DAJJAL LA... DIA TETAP KELUAR, YG BERIMAN TETAP SELAMAT DALAM PELIHARAAN ALLAH!!


ARTIKEL DI ATAS ADALAH IMPAK DARIPADA IKTIBAR KISAH SEJARAH PERANG MONGGOL!! KAJI LAH SEJARAHNYA NYA...


Friday, June 23, 2006

HAWA vs ADAM

CARTA KAMI:

HAWA:98%
ADAM:2%

Lambakan wanita di pasaran dunia mengakibatkan kerugian teruk bagi setiap bilangan jemaah yg mengimarahkan Masjid-masjid indah yg didirikan.

Kegiatan meWANITAkan diri semakin menjadi-jadi dikalangan LELAKI GAGAH kononnya!!


Antara kegiatan yg telah di kenal pasti ialah:

1) sembahyang nak solo!.
2) banyak kali 'cuti' solat??
3) malu menjadi Imam.
4) malu nak azan ketika waktu solat telah masuk.
5) selalu mendahulukan hawa nafsu daripada akal dalam setiap perkara.
6) nak jugak pakai gelang!
7) kurang bijak mengatur keluar masuk wang.
8) krim pencuci muka berbotol botol.
9) Nak pakai losyen jugak!!
10) malu simpan janggut, bulu kaki pun nak cukur jugak?
11) Pakai baju,kasut,beg nak lawaaa... MAHAL plak tu!!
12) suka lepak kat shopping complexs berjam-jam!!
13) boleh tahan jugak MENGUMPAT!!
14) bile marah...MERAJUK,TARIK MUKA,MASAM MUKA!! ''bencilah''/''menyampah''
15) mandi pun nak lelama!!


"Pencen (tobat) la cepat-cepat bang oii!! kiamat nak dekat!! Dekat-dekat la ngan masjid!"


www.LelakiSejatiMacamNabiDanParaSahabat.com
www.HilangAkidahHilangAgamaHilangLelakiDiDunia.com

Tuesday, June 20, 2006

RUN vs TAMULUZ

CERMIN KAMI:

RUN=NUR
TAMULUZ=ZULUMAT


Tahniah! Syabas! Semoga Berjaya! Selamat Bercuti Musim Panas!!


Calon-calon peperiksaan Fasal Dua Universiti Al-Azhar sudah mula merancang projek atau program sempena cuti musim panas ini. Dan, menjadi kegemaran mahasiswa kebiasaannya menemui semula bantal dan tilam yg hampir sebulan dilupakan. Apa yg penting, Tawakal dan Doa jangan diabaikan kerana keputusan peperiksaan masih belum diumumkan.

Ingatlah...AMANAH ILMU tidak terhenti dihujung pena peperiksaan. Setelah ilmu dituntut dan dihafaz, maka langkah seterusnya ialah AMAL dan SAMPAIKAN. Kerana...para penanam ANGGUR akan MENGANGGUR pabila tanaman ANGGUR tidak berANGGUR. Kalau berANGGUR sedikit, dapat dimakan bersama isteri dan anak-anak. Kalau berANGGUR banyak, dapat dijual dan mendapat keuntungan yang berlipat-lipat duit berjuta-juta.

Jangan biarkan NUR yg diperolehi dengan pengorbanan yg tinggi tergadai dgn ZULUMAT yg bersepah-sepah di atas muka bumi. "Fikir sebelum Buang".

www.SekarangMusimAnggur_Tembikai_Mango.com
www.BiarKulitHitamDgnNur_JgnKulitPutihDgnZulumat.com

Saturday, June 10, 2006

URAT MATA vs BATANG PAIP

PERLAWANAN KALIMAH:

URAT MATA : URAT JANTUNG

BATANG PAIP : KEPALA PAIP


Kali ini pihak kami akan membawa anda ke DUNIA MATA. Sebuah pakej perlancongan yg paling menyeramkan!! Cuba lihat mata anda yg cantik,sepet,bersinar dan yg rabun sebelah tu! Semuanya adalah anugerah dari Yg Maha Mencipta...sungguh hebat ciptaannya, WOW,terlalu mahal kerana tiada yg asli dipasaran YAHUDI dan AMERIKA...malah mereka juga menggunakan teknology yg Maha Agong ini untuk menderhaka kepada Allah SWT.Nauzubillah...

MATA manusia paling besar pun sebesar biji ping pong yg kita org main tiap tiap petang.Tetapi ciptaan Allah tiada siapa mampu menandinginya kerana MATA yg kerdil ini memiliki 2.1 JUTA URAT atau lebih dikenali sebagai SALURAN DARAH.Bayangkan??? Muat ke? Urat-urat ini terlalu halus utk mengepos DARAH dari JANTUNG.DARAH ini memerlukan TEKANAN TINGGI utk sampai ke destinasi yg di tuju...SUBHANALLAH!! tak pernah meletup pun... TAPI bile bile je boleh MELETUP,BLACK OUT,SHORT & PECAH macam mata IKAN yg pecah bile diGORENG!!

Ala... Macam salur PAIP kat dalam rumah kita lah...mana ada org pasang PAIP dalam RUMAH sebesar BATANG KELAPA(kalau kat sini batang pokok KURMA la)!! Jadi, disebabkan saluran AIR terlalu sempit, ia memerlukan TEKANAN TINGGI bagi memastikan AIR sampai ke setiap KEPALA-KEPALA PAIP...Sebab tu la, kadang-kadang ayah kita terpaksa menukar batang paip setengah tahun sekali!

TAPI...kita dah pakai MATA ni dekat 20 tahun, GUNA utk potong bawang, tengok matahari, kena asap kereta, mengadap TV ( JERMAN WORLD CUP 2006) ngan KOMPUTER 24 JAM, tengok AURAT PEMPUAN, tengak BENDE BENDE HARAM... tak pernah tukar pun...Ini bukti KEBESARAN DAN KESABARAN ALLAH SWT!!! Astagfirullah al 'Aziim.

Tunggu je lah Bala' kalau tak JAGA pinjaman Allah ni... INGAT YE MOHD ADIB, Mata ni hanyalah PINJAMAN, wajib diJAGA kerana TUANNYA akan MINTA kembali...Kalau masih O.K, makan besar la korang dalam RAHMATNYA!! Kalau K.O, MATI KUTU la korang nak menjawabnya??Lahaula wala Quwwata illa billah..


TIP-TIP PENJAGAAN MATA:
1) BANYAKKAN MENONTON AYAT AYAT SUCI AL-QURAN.
2) KURANGKAN MENONTON AKSI AKSI YG MEMBERANGSANGKAN...tuuutt
3) BASUH TIAP-TIAP HARI DENGAN TANGISAN TAUBAT.
4) SEJUKKAN DENGAN SIRAMAN PATI AIR SEMBAHYANG.
5) HIASI DENGAN CELAK SUNNAH NABI saw SEBELUM TIDUR.


www.MataSihatJiwaSelamat.com
www.ButaMataXDeDosa_ButaHatiMelambak2Dosa.com

Wednesday, May 31, 2006

LAPARku vs KEBULURAN Saudaraku Palestin

PALESTIN BERDARAH, YANG HIDUP PUN KEKURANGAN DARAH!!!



LAPARku: Lepas Asar nanti siap la masak!!! kejap je!
KEBULURAN mereka: Lepas Asar tahun depan pun belum tentu dapat makan.KESIAN TAK?

LAPARku: Hari ni turn AKU masak... tapi malas pulak nak masak?Sorry kengkawan.
KEBULURAN mereka: Bukan jadual memasak je tak de, perkakas ngan bahan memasak pun tarak!! ADA SIMPATI TAK?

LAPARku: Save duit la... nak beli komputer baru!!
KEBULURAN mereka: Komputer komputer hak kerajaan yg kena tembak ngan ANJING-ANJING SHARON tu pun belum ganti-ganti lagi!! ADA FIKIR TAK??

LAPARku: Pokai la... Semalam makan besar kat Pizza Hut!!
KEBULURAN mereka: Nak cari nasi ngan kicap pun susah!! TAK MALU KE??

LAPARku: Alamak, kredit abis!!!..esok nak top up dulu la... duit dapur HUTANG dulu ye?
KEBULURAN mereka:

LAPARku: Kedai makan, kedai ish, pasaraya keliling rumah je...Tapi malas nak gi beli!
KEBULURAN mereka: Pokok Ubi tanam depan rumah tu pun ISRAEL sodok!! PILU TAK DENGAR??

LAPARku: Kalau tidur, hilang lapar!! Lagi SYOK tidur dari makan!!
KEBULURAN mereka: Nak tidur ape?? Rumah kotai ni pun YAHUDI LAKNAT tu sapu!! SEBAKNYE HATI!!

LAPARku: Bukan AKU mau bangga.. TETAPI ini real punya!! AKU pernah tak makan 2 hari!!
KEBULURAN mereka: Dalam 7 hari, 3 kali je dapat teguk air.Itu pun air dari salur paip yg pecah kena bedil ngan PELURU yg korang sumbangkan melalui COCA COLA!!! AIR MATA AKU DAH NAK MELELEH NI...

LAPARku: Peeerrh!! Tak ingat member! Periuk pun tak tinggal. "BATU BELAH BATU BERTANGKUP"...aku kempunan!!
KEBULURAN mereka: Diorang lagi KEMPUNAN!! tak bising pun!!PERIUK BELANGA BANYAK ADE LA! BERDERAI SAYU AIR MATAKU...


Ya Allah, berilah kekuatan kepada saudara saudara Palestin ku di sana...
Yang di tawan,kau bebaskanlah Ya Allah...Yang d
iseksa dan diperkosa, kau selamatkanlah Ya Allah....Yang yatim piatu,kau kasihanilah Ya Allah....

Ya Allaaaaah!! Mereka KEBULURAN yang teramat ya Allah... Kasihanilah mereka,turunkan Nusrahmu Ya Allah,kabulkan doa doa mereka Ya Allah...

Ya Allah, kesengsaraan dan kepayahan hidup me
reka hari ini, kau gantikan lah Ya Allah dengan Rahmatmu,Jannahmu dan Maghfirahmu di akhirat kelak!

Ameen,Ya Rabbal 'Alameen....


"KEMPEN SARA HIDUP MEREKA SEPANJANG HAYAT"

50 POUNDS EGYPT SEBULAN!! AMACAM??


www.PalestinLambangMaruahAgamaKu.com
www.KaffarahSemulaWangYgTelahDiSumbangkanKpdYahudiLaknat.com
www.BOIKOT_ISRAELAKNAT.com


Sunday, May 28, 2006

NortonAntiVirus vs NortonAntiMaksiat

KHAS UNTUK BACAAN 15 TAHUN KEATAS:

Aduuuuuuuhhh Salihaaa!!!??? Komputer kena virus lagi...!!
...NortonAntiViruskan ade!!

KERISAUAN YG TERAMAT MENGGANGGU SEGALA AKTIVITI HARIAN.MAKAN MINUM DILUPAKAN, SOLAT DILAMBATKAN, KENGKAWAN DIPINGGIRKAN HANYA KERANAMU MALAYSIA opss!! HANYA KERANAMU KOMPUTER!!

TETAPI...
Siapakah di antara kita yang menyedari bahawa VIRUS KEMAKSIATAN telah menyelinap dan menyelusuri segenap saluran darah?Ingatlah bahawa darah mampu bergerak keseluruh anggota badan.

Adakah faktor umur yang masih muda menjadi alasan virus berjangkit?
Adakah faktor kehandsomeman menjadi jalan virus berleluasa?
Adakah faktor kepempuanan menjadi sarang pembiakan virus?
Adakah faktor suasana masyarakat yang berdosa menjadi pusat kerajaan Virus?

Sebagai jawapan...
Kenali siapa Abu Bakar r.a di kala usia remajanya!
Kenali siapa Nabi Yusof a.s dengan wajah handsomenya!
Kenali siapa Maryam ibu Isa a.s dengan kesuciannya!
Kenali siapa Ashabul Kahfi di kala kerosakan umat!!

Beruntunglah mereka yang memiliki Norton Anti Maksiat dalam diri mereka! (TAQWA)
Beruntunglah mereka yang masih terselamat daripada Virus Laknatullah Ini.

Dan... sebagai pemegang status BUJANG atau DARA, Sangat teramat berUNTUNGlah mereka yang mana seluruh AURAT LELAKI atau AURAT WANITA masih menjadi RAHSIA dalam diri mereka...Bermakna MASIH BERMAKNALAH MALAM PERTAMA MEREKA.!!

Bagi PESAKIT YANG BELUM TENAT, peliharalah PERATUS NIKMAT KERAHSIAAN YANG TERBAKI!!! Semoga perkahwinan berkekalan hendaknya.


http://KekesalanTeramatKrnTerkeluarDrpdGolonganYgBeruntung.com
http://TaubatSebelumSakaratulmautDatang.com

Monday, May 22, 2006

ASAM DI LAUT vs IKAN DI DARAT

SEBUAH LAGU EPIK MELAYU HADHORI:

"Asam di Lauuuuut...Ikan di Daraaaat..."

...Dah lama tak berasap Blog Aku ni ( Im no smoking).

Wahai Bapa kepada Anakku, INGATLAH bahawa ILMU itu adalah anugerah Allah swt kepada semua makhluq khususnya MANUSIA!! Tidak kira warna janggut, warna IC, bentuk kopiah, Yahudi, Nasrani, Majusi, Islam mahupun Islam Hadhory semuanya mampu memiliki,memahami, mendalami, mengkaji, mencari, mengIJAZAH, meMASTER, memPhD dan memutar belit ILMU.

Tetapi ingatlah wahai Suami kepada Nenek kepada cucu cucuku, hanya golongan yang berIMAN dan ISLAM sahaja yang dianugerahkan Allah dengan AMAL!!! Alhamdulillah!! Untuk beramal dan beribadah memerlukan ILMU. KERANA:

''BERAMAL tanpa ILMU ibarat MENGUMPAN ikan di lautan dengan ASAM JAWA"

Jadi, Ingatlah wahai Anak Menantu kepada Bapa Mertuaku!!! ILMU dan AMAL tidak boleh di pisahkan.Sebagai Hamba Tuhan, AMAL tidak boleh di tinggalkan walau sibuk berIMTIHAN, manakala status sebagai Khalifah muka bumi, ILMU tidak boleh di tinggalkan dalam PAPER EXAM!! KERANA:

''ILMU disertai AMAL ibarat menangkap IKAN di lautan untuk SANTAPAN di daratan"

Oleh yang demikian, Ingatlah wahai Bakal Ahli Kubur!!! Kalau nak dibandingkan ILMU mu dengan ILMU Yahudi,Orientalis dan Elbert Isten jauh lebih cetek secetek-ceteknya.Hanya IMAN & AMAL membezakan darjatMU di sisi Allah Azza Wa Jalla. KERANA:

"ILMU tanpa AMAL ibarat berkahwin dengan ISTERI yang MANDUL!!"

Ha, satu lagi pesanan PEMILIK BLOG INI kepada
PENGEDIT BLOG INI!! Sebanyak mana pun atau sehebatmana pun KEJAYAANmu dalam IMTIHAN ILMU kerana kau penuntut ILMU, Ingatlah IMAN & AMALmu juga sentiasa di IMTIHAN oleh TUHANmu kerana kau HAMBANYA!! Sejauh Mana Pula Kau Bersedia, Menjaga dan Mengharapkan KEJAYAANNYA??

http://www.IkanNganAsamAkuCampurkanJadiPekasam.com
http://www.IlmuNganAmalAkuCubaJadikanAirDgnGaram.com